Ms.Evangeline

My photo
Bachelor of Electrical System Engineering in UniMAP. gonna be an Engineer. amin :)

Monday, May 30, 2011

bila LARUT MALAM. tara cah cah.

Assalamualaikum.

hye sume. saja nak gtau korang yang aku ta tdoe pun semalam. ini sume penangan Nescafe. aku nih jenis taley minum kaffein. nnt cerah aje mata aku tp yang sedihnya mesti ada cop keluaran panda. say NO for eyebag yaw! dah laa taley tdoe, demam laa pulaks hari nie. malang je nasib aku nie. tapi aku tetap cool babe. chill ;)

bila aku taley tdoe, aku pun panjangkan kaki pegi bilik adeq aku sebab bilik dorang masih lagi cerah. dorang ta tdoe lagi rupenya. tyme tue nak dekat pukul satu pagi. rajin betul adeq aku dua orang nie. dorang study babe. itu pun sebab siang semalam dah kene marah dengan abah aku. yela, dorang nak kena amek exam tahun nie tapi berlagak macam orang da habes exam. rilex aje weyh. aku pun naik heran. stay hostel boley laa berasmaradana dengan membe, dekat uma NO WAY! abah selalu pantau. siap laa ko duo nie ah.

sorang SPM, sorang lagi PMR. bila aku masuk, pandai pulak dorang suh aku temankan dorang. kami sume buat keje masing masing. aqram buat homework lukisan kejuruteraan, izzat pulak duduk mengadap netbook. katanya nak setel kerja kursus Geografi. aku pulak syok layan muvee. tengah besh layan Min Ho, aqram pulak suruh aku ajarkan lukis bentuk jamban. sumpah aku ta tahu nak buat. aku bukan student sekolah teknik. aku student pure science dulu. kalau tanya pasal Biologi, Physic, kompem aku boley tolong setelkan. *ayat sedikit berlagak. aku bukannya ta tahu pasal lukisan tue cume aku ta arif sangat nak guna alatan tue sume. semester satu dulu, aku ada belajar subjek nie dekat UniMAP tapi basic saje. aku rasa orang lain fun dengan subjek nie sebab mostly student kelas aku tue exstudent teknik. ramai jugak yang score termasuk aku. haha. *ayat berlagak lagi. maaf laa yer, esok ko pegi je tanya member cmne nak lukis jamban tue. lecterur aku ta sempat nak ajar pun hari tue. :)

bila stay up nie, perut pu bunyik laa kan? aku seorang kakak yang baek, aku masakkan dorang maggi. lantak ah ape nak jadi. korang makan maggi, korang tanggung sendiri. jangan salahkan maggi. *ayat membela diri. mati aku kalau abah aku tahu, aku bagi dorang makan maggi. abah tdoe, abah ta tahu. bila dah kenyang, sume dah malas nak sambung study. sume macam ular sawa kenyang babe. aku puun dah bosan asyik mengadap lappy. aku dah tumbuk tanduk. jadi setan jap. perSETANkan adeq adeq aku. aku ajak dorang main. ini permainan tradisional punye! ce teka! haha. aku maen batu seremben aka selambut. besh. dah lama aku ta maen benda macam nie. aku maen dengan pemadam. tujuh ketul pemadam sume diperlukan. kami maen sampai azan subuh. syiiiiiiok ok. for sure aqram juara sebab tangan dia dah sebijik macam 'bapak gergasi'. hilang stress dorang.


faiz. anim. AQRAM. farid
syahir. IZZAT. ridhwan

ta mustahil laa kan aqram menang maen selambut kalau dibandingkan dengan saiz tubuh dan saiz badan yang dia ada. haha. they complete me. love both of u. sekian.

TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)

click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=

Sunday, May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


second time join segmen dari abang ben.
segmen kali ini memerlukan blogger yang mempunyai 500 follower kebawah saja dibenarkan.
ini dikira newbie lah kan? macam aku jugak. ;)
jum join segmen abang ben kat sini.
sebelum itu, nini nak mintak jasa u olws undi abang ben dekat sini.


bantu membantu amalam mulia. peace!

TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)

click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=

Friday, May 27, 2011

Yup, aku PEMABUK. so what?

banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan semasa berada di kolej selama lima semester. semester keenam aku stay dekat rumah sebab aku praktikal dekat Kota Bharu. aku rindu student life. tak sabar rasanya nak balik ke kolej. miss student life sociallistic.

dion dan eday terlibat dalam kemalangan pada semester ketiga. ketika dalam perjalanan pulang ke kolej dari Tanam Rekreasi Sungai Kechor, dion dan eday yang menaiki motosikal dilanggar oleh seorang akak. akak tue naik kete ape ntah. aku pun dah lupe. kejadian nie dah lama terjadi. tak mustahil laa aku dah lupe kan? kaki dion patah. dion dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. eday tade kne pape. eday oke sihat saje.

aku terkejut jugak laa, pabila syahir gtau kaki dion patah sebab eksiden depan taman kechor tue. ramai member yang pegi melawat dion dekat hospital. masa aku kol apeng, dia cakap dion oke je. dowang siap gelak gelak even darah still lagi keluar melalui kaki dion. tyme tue doktor tak periksa pun lagi kaki dion. aku dapat berita dari apeng bahawa kaki dion kene masuk besi. adoi, memang aku taley bayang laa tyme tue kan. aku dengar pun dah rasa takut, tapi dowang still boleh buat bising dekat emergency hall.

dion ditahan diwad selepas operation. terdetik jugak dekat hati, nak pegi melawat dion tapi aku ada banyak esemen nak kene submit. aku lupekan terus hajat tuh. aku bercadang nak pegi melawat dion besok pagi aje. syahir dah janji dengan aku nak bawak pegi melawat dion. pukul 10pagi, syahir text aku suruh siap siap. dia dah siap dan tunggu dekat bawah. aku yang baru terjaga terus pegi mandi. ta sempat nak bekfes pun tau.

aku still mamai bila sampai dekat hospital. aku dengan muka selamba aje masuk wad dion. tyme tue, kak ummul dan nada ada temankan dion. dion pulak ngah sibuk dok bercerita dengan wakil insurans dia. aku, syahir, kak ummul dan nada khusyuk saja dengar cite dion. sambil cite, dion bukak selimut dan tunjuk kaki dia yang kene masuk besi. aku namapak darah beb, melekat dekat selimut tue. ekceli, darah tue cuma setompok dan kering. aku tenung aje dekat tompokan darah tuh.

pusing. pusing. pusing. dekat mata aku, kua macam siaran tergendala saja. seyes beb, aku tak tipu. sekali, aku terus bagi tahu syahir yang aku pening. mybe syahir tak dengar sebab tade respon. dengan semangat yang tinggi, aku gagahkan diri berjalan pegi sebelah kak ummul. aku bisik dekat kak ummul yang aku pening. gelap. aku dengar ada orang dok tanye kenapa. memang bising gila. sekali aku rasa pipi aku kene tepuk tepuk. aku dengar orang cakap bukak kasut dia, bukak jam dia, bukak sume. ayoyo, memang parah laa kan kalau nak bukak sume. aku sekadar mendengar tapi pandangan aku gelap gelita, tubuh aku lemah.

bila aku bukak mata, aku dah ada atas wilcha. kak ummul stroll aku kat luar wad. haha. aku siap boleh senyum lagi dekat kak ummul. dengan muka tak malu, aku mintak air susu dutch lady dengan kak ummul. kak ummul bawakkan aku air milo kotak yang orang kasi dekat dion. baru aku tahu, yang aku nie MABUK DARAH. haha. balik kolej, ada saje budak yang perli aku. sekian.

TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)
click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=

Thursday, May 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU


time kaseh abang ben sebab buat segmen yang sebegini rupa.
segmen kali ini khas untuk blogger yang mempunyai follower kurang dari 1000 macam aku. 
jum reramai lagi kita meriahkan segmen abang ben kali ini.
klik SINI untuk serbu segmen abang ben.
jum kita berkenalan. :)

TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)
click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=

Wednesday, May 25, 2011

Wordless Wednesday #1


TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)
click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=

Nauzubillah, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara is SUCK.

Assalamualaikum.

Makcik hajjah yang bodoh. dia ingat dia boleh berselindung disebalik nama islam tue ke? islam setakat nama buat ape der? memang makcik nih lang**. jum baca petikan asal makcik bodoh nie kat SINI.

"Hari ini Allah swt tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat islam yang telah sesat. Maka, Allah swt menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, meneluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyotnyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar! "

Agama islam tidak mengajar kita untuk menghina agama lain, sepatutnya kita membela agama sendiri. Islam adalah agama yang suci, bersih dan murni. bawak taubat laa makcik ye? semoga ALLAH bagi hidayah untuk makcik. saya doakan harapan makcik untuk menyesatkan umat Islam tidak tercapai walaupun seorang. u will NEVER did! 

TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)
click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=

Tuesday, May 24, 2011

heh, kau pun keluar ikut perut MAK kau laa weyh.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang. laa laa laa laa. oke, sila sambung lagu nie ea? di pagi yang hening nih aku rasa macam panas hati je. da lama tak gaduh nih. terasa jugak nak gaduh dengan orang. sapa nak gaduh, jum kita jumpe kat padang bola sepak. ekceli, aku panas hati bukan sebab gaduh ke apa. aku just terkilan baca article dekat  metro hari nie. Tendang Ibu Suruh Solat.

aku tatau laa nak defined ini budak sebagai ape. aku bukan nak judge orang pun sebab aku tahu, aku puuun bukan bagus sangat. nak kata budak nih kurang ajar ke? kalau nak cakap kurang ajar, tade laa mak dia suruh solat kan? mak dia dah ajar tue. nak kata budak nih kurang didikan agama? mustahil laa kan sebab mak dia suruh dia mengaji quran. kalau mak dia tak pandai ajar anak, mesti mak dia da kasi duit banyak-banyak then suruh anak dia pegi cucuk  bintang ke, atau beli alkohol banyak-banyak letak rumah kan?

adoi. dah laa kua dari perut mak, boleh pulak pegi sepak terajang mak. lupe asal usul betul laa. kawan-kawan, jadilah anak yang soleh dan solehah yaw. sejuk aje hati mak ngan ayah kte nnt. akhir kata, hargailah ibubapa anda sementara MEREKA masih hidup!

TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)
click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=

single. double. triple.

Assalamualaikum.

selamat datang ke blog yang bersawang nih. agak lama jugaks laa nini ta updated new entry kan? haha. no mood oke. ekceli, no more reason. masih bersawang ke blog nih? ntah-ntah da berpuaka kan? jeng. jeng. jeng.

single. double. triple. aku pilih single. why? haaa, mai dengar hujah aku nak kasi. tatau laa kan u olws agree or disagree pulak kan. it's just my opinion and i wanna share wit u olws. lau ta setuju nanti tinggal aje komen tau.


single. i would like to choose single. single means nobody come to accompany me. senang cerita saya nih alone. not taken. ta faham lagi? oke, saya nih tak berpunya. ta faham lagi? oke, lantak ko laa eh jang. saya suke dengan life saya sekarang sebab ta payah nak fikir pasal orang lain. ta payah aku nak fikir pasal ko tau. ko da makan ke? ko da mandi ke? ko da solat ke? aku jaga diri aku, ko jaga diri kau. senang cite kan? and ko kene tahu, aku boleh jaga diri aku. 

double. it's means pair. couple. sume tue maksudnya double laa kan? aku bukan nak cakap aku nih anti-couple or so on. aku cume suke single buat masa sekarang sebab hati masih tertutup. wargh, boleh ke cakap cm2? haha. kalau kapel nih asyik nak berkepit kan? nak makan sama, nak minum sama, nak mandi sama, sume nak sama laah. bukan tak boleh makan sama sume tue, tapi kalau tiap-tiap hari tension jugak laa kan? tade privacy ah aku. kekadang nak jugak layan perasaan sesorang kan? korang pun kene engat jugak, orang yang setia dengan kita sekarang, tak bermaksud akan setia sampai bila-bila. kapel dengan orang lain, tunang dengan orang lain, nikah dengan orang lain. 

triple. bila da kahwin tue mesti laa dapat baby kan? dah jadi triple. alam perkahwinan nie sungguh mencabar. ko da pandai masak ke? ko da pandai kemas rumah? ko da pandai arrange masa? ko da ready nak kawen? konklusinya, i'm still young. ada jugak owg cakap childish. kalau child mesti taley kawen kan sebab belum cukup umur. haha. i'm not ready yet. sape nak kawen ngn aku meh datang rumah, sila isi form. sekian.

TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)
click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=

Friday, May 13, 2011

Rindu. rindu. rindu.

Assalamualaikum..

Hye sume. nama saya NurulSyazwani bt. ZainalAbidin berasal dari Ketereh, Kota Bharu Kelantan. salam perkenalan ngn u olws sume. btw, saya newbie dalam dunia blog nie. hari ini saya ada mood nak updated blog yang telah sekian lama ditinggalkan. masalah sekarang nie saya tatau nak updated pasal ape. ce bagi title story cket. =P

 alamak, guruh da bunyi laa menandakan hari nak hujan. syarat untuk saya shutdown lappy. takut seyh on lappy time guruh cenggini. nnt kene panah dek kilat tue taley laa saya nak updated blog lagi. *meleter macam mak nenek.

saya cuma nak gtau sume bahawa saya rindu pada blog saya. dah lama saya lupekan Incik B saya. sorry tau. nnt free saya nak cte nape saya ta updated blog ea?

saya rindu awak jugak.

p/s : sopan with word 'SAYA'. entry paling annoying. blur. no idea. puas hati sebab dapat lepaskan rindu pada Incik B.

TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)
click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=