Ms.Evangeline

My photo
Bachelor of Electrical System Engineering in UniMAP. gonna be an Engineer. amin :)

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan : Soya Bean

Assalamualaikum, salam ramadhan.

Alhamdulillah selesai sudah menjalani ibadah puasa untuk hari pertama. banyak cobaan dan dugaan yang mendatang. memandangkan cuaca sangat panas, tekak terasa haus. hari ni aku dan mem besar bertungkus lumus di dapur untuk buat air soya. selama ni tau beli dan minum je. nak buat air soya ni tade laa susah sangat tapi memerlukan masa yang lama. Alhamdulillah air soya kami menjadi malah rasa lebih sedap dari yang sebelum ni. air tangan sendiri laa katakan. orang cakap air soya ni bole tahan selama 3 hingga 4 hari dalam peti ais kalau cara masaknya betul.

Bahan-bahan:
- Kacang soya
- Air masak
- Gula pasir
- Daun pandan
- Susu cair

Cara membuat
Kacang soya perlu dibasuh dan direndam terlebih dahulu. rendam kacang soya selama lebih kurang 8jam dan sehingga kembang. keluarkan selaput pada kacang soya dan toskan. kisar kacang soya yang bersih dengan air masak. ulang step ni sehingga kacang habis. tapiskan air kacang soya tadi kedalam periuk. seeloknya air tadi ditapis dengan kain bersih sebab nanti pabila minum kita tak rasa hampas kacang yang dikisar tu. perah kacang sehingga kesemua air dapat dikeluarkan. setelah kesemuanya diperah, panaskan air tadi bersama daun pandan dan susu cair dengan api yang sederhana. masukkan gula sesedap rasa ataupun boleh juga buat air gula berasingan. sesetengah orang suka minum air soya dengan gula merah. masak sehingga mendidih dan elakkan dari air soya membuak keluar. pati kacang soya jangan dibuang. pati kacang soya boleh dijadikan taufu fa. air soya bole diminum ketika suam ataupun sejuk. 

Tips
Air kacang soya baik untuk mencegah breast cancer. aku suka sangat air soya. nyum nyuuuum.


Selamat mencuba.
Salam Ramadhan semua ;)

TENKIE SUDI KLIK HEARTBEAT NINI =)

click LIKE button + comment MsEvangeline oke? =.=

2 taikbintang:

NURUASHIA said...

muahahahha...aku xminum soya..busukkkk :P

nini said...

@NURUASHIA
apa plak bussssk. best laaa weh. mu tu tomyam ke mkn kn?